1. Sila Pastikan pintu pagar utama dikunci setiap kali anda meninggalkan rumah.
2. Pastikan semua pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci apabila anda tidak ada di rumah.
3. Merokok adalah di larang sama sekali di dalam rumah untuk mengelakan kebakaran.
4. Jangan buang sampah di merata-rata tempat termasuk di dalam dan luar rumah.
5. Jangan biarkan suis dalam keadaan 'ON' sekiranya tiada di rumah.
6. Segala bentuk senjata tajam & membahaya adalah diharamkan.
7. Pastikan dapur dalam keadaan selamat iaitu dapur & gas ditutup sekiranya tidak digunakkan.
8. Segala masalah teknikal seperti mentol lampu tidak menyala, sinki & tandas tersumbat hendaklah dilapurkan segera kepada tuan rumah.
9. Membawa binatang peliharaan adalah dilarang sama sekali.
10. Kunci rumah yang hilang akan dikenakan bayaran sebanyak RM40.00
11. Membuat kunci pendua (duplicate) adalah di larang.
12. Segala kelengkapan yang di sediakan seperti TV, Kipas, Penghawa dingin,Peti Sejuk, Dapur dan sebagainya hendaklah dijaga dengan baik.
13. Sekiranya terdapat kelengkapan yang hilang akan dikenakan bayaran.Oleh yang demikian sila buat pemeriksaan semasa anda mendaftar masuk dan pastikan segala kelengkapan dan kemudahan mencukupi.
14. Dilarang memaku dinding atau menconteng dinding rumahbaik di dalam atau diluar (terutama yang membawa kanak-kanak).
15. Dilarang membawa orang luar menginap dirumah untuk mengelakan daripada perkara yang tidak diingini berlaku.
16. Tidak menyimpan atau membawa apa-apa senjata, senjata api atau alat letupan atau bahanletupan atau apa-apa barang yang mudah terbakar atau merbahaya dan barangan yang salah di sisi undang-undang.
17. Tidak menggunakan Homestay@Guesthouse ini untuk kegiatan haram, menyalahi undang-undang atau tidak bermoral, sama ada perniagaan mahupun perdagangan, dan perjudian dalam apa jua bentuk sekali pun.
18. Masa mendaftar masuk pukul 2.00 petang dan masa keluar pukul 12.00 tengahhari dan boleh dilanjutkan mengikut keadaan.
SEGALA KEHILANGAN BARANG PERIBADI, KEMALANGAN DAN KESELAMATAN TETAMU ADALAH DIBAWAH PENGAWASAN DAN TANGGUNGJAWAB TETAMU SENDIRI. TUAN RUMAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DIATAS KELALAIAN PIHAK TETAMU SENDIRI.